Pengertian Najis Dan Cara Menghilangkan Atau Mensucikan Jenis-Jenis Najis

Pengertian Najis Dan Cara Menghilangkan Atau Mensucikan Jenis-Jenis Najis--Tahukah anda ketika anda sholat atau duduk disuatu tempat yang memiliki najis, atau sebaliknya anda mengeluarkan najis tapi anda belum membersihkanya, maka tahukah anda akbatnya apa, oke kalau begitu kita langsung kemateri Najis.

Pengertian Najis
Menurut Bahasa Najis adalah Benda-benda kotor dan jijik, Sedangakan menurut Istilah Najis yaitu Kotoran yang menyebabkan tidak sah solat sekiranya menempel atau terkena pada tubuh atau badan, pakaian dan tempat dia mengerjakan solat.
Faktor-Faktor Najis

  1. Keluar daripada dubur atau qubul dalam keadaan cair atau lembut. (Contoh: Tai, air kencing, dan air mani anjing/khinzir atau keturunannya)
  2. Keluar daripada saluran lain. (Contoh: Air liur basi dan muntah)
  3. Benda-benda lain yang telah ditetapkan hukumnya sebagai najis. (Contoh: Darah, nanah, susu daripada binatang yang tidak boleh dimakan, arak, anjing dan semua keturunannya, khinzir dan semua keturunannya, dan semua jenis bangkai kecuali bangkai manusia, ikan dan belalang).

Macam-Macam Najis :
Najis Mukhaffafah
Najis ringan iaitu air kencing kanak-kanak lelaki berusia di bawah dua tahun yang tidak makan atau minum sesuatu selain daripada susu ibunya (susu yang dicampur dengan gula atau tepung itu hukumnya seperti yang selain dari susu).
Najis Mutawassitah
Najis pertengahan yakni selain daripada najis mukhaffafah dan najis mughallazah. Najis mutawassitah terbahagi kepada dua:
Najis ainiyyah – najis yang berwujud (Tampak dan dapat dilihat) seperti kotoran daripada haiwan.
Najis hukmiyyah – najis yang tidak berwujud (Tidak tampak dan tidak terlihat) seperti air kencing yang sudah kering.
Najis Mughallazah
Najis berat seperti anjing dan babi serta keturunannya dan barang-barang yang diperbuat daripadanya.
Najis-najis Lain
Selain daripada tiga jenis najis di atas, terdapat satu najis lagi iaitu “Najis Ma’fu” iaitu najis yang dimaafkan seperti nanah atau darah yang Cuma keluar sedikit, debu atau air kotor yang memercik sedikit dan sukar untuk dihindarkan.
Cara-cara Menyucikan Najis :
Najis Mukhaffafah
1. Basuh bahagian yang terkena najis dan kemudian lap.
2. Percikkan air di tempat yang terkena najis.
3. Lap dengan kain bersih sehingga kering.
Najis Mutawassitah
1. Buang najis dari tempat yang terkena kotoran.
2. Basuh tempat yang terkena najis dengan air mutlak.
3. Pastikan bahagian yang terkena najis tadi hilang bau, warna dan rasa najis tersebut.
Najis Mughallazah
1. Bersihkan bahagian yang terkena najis.
2. Basuh sebanyak tujuh kali. Sekali daripadanya mesti menggunakan tanah bersih yang dicampur dengan air.
3. Gunakan air mutlak untuk membuat basuhan seterusnya (sebanyak enam kali) sehingga warna, bau dan rasa najis tersebut hilang.
Sekian saja pertemuan kita pada artikel yang diberikan oleh Kumpulan Informasi Pendidikan Pengertian Najis Dan Cara Menghilangkan Atau Mensucikan Jenis-Jenis Najis, Semoga artikel ini dapat menambah pengetahuan kalian semua, semoga bermanfaat dan terimkasih.

Postingan populer dari blog ini

Pengertian Dan Perbedaan Segment Dan Offset

Halal atau Haram Suami Memimum Air Susu Istri Dalam Sudut Pandang Islam

Hubungi Kami Untuk Berkonsultasi Atau Memberikan Saran Mengenai Pendidikan